♥ Dua Malaikat - Di Kanan Dan Kiri ♥







Yunus bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yang disebelah kiri".

Kalau seseorang anak Ad...am itu membuat dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan, "Apakah yang harus aku catat ?" Maka berkata malaikat yang sebelah kanan, "Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa". Kemudian bertanya malaikat yang disebelah kiri lagi, "Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catatkan ?".

Berkata malaikat yang sebelah kanan, "Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu, kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat."

Apabila syaitan mendengar yang demikian, maka dia pun menjeritlah sambil berkata, "Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam".

Pengajaran

Lihatlah bagaimana Allah SWT begitu sayang kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang untuk kita berfikir. Contohnya, apabila kita membuat satu kejahatan, maka kita cuma dicatat satu dosa tetapi apabila kita membuat satu kebaikan, maka kita akan dicatat 10 kebaikan. Allah SWT memberi kita peluang dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali menyembahNya. Yang pastinya, Allah SWT sentiasa menerima taubat kita. Allah SWT menyayangi kita 70 kali dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

Ingatlah dunia hanyalah sementara dan kita akan kembali mengadapNya. Segelah kerjakan apa yang dituntut oleh agama Islam. InsyaAllah segala dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT dan beristighfarlah banyak-banyak mudah-mudahan kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Malaikat Atid – malaikat yang menulis segala amalan kita

Malaikat Raqib – malaikat yang menulis segala kejahatan kita

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.
FACEBOOK COMMENT!